Kuala Terengganu: Jurufoto sambilan New Straits Times Press (NSTP), Mohd Ghazali Kori, dinobatkan sebagai johan kategori Video Digital Terbaik pada malam Majlis Apresiasi Media Terengganu 4.0 yang berlangsung di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, di sini, malam tadi.
Video bertajuk ‘Penenun Buta’, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 berserta plak.
Selain Ghazali, wartawan TV3, Mohd Ishak Abdillah Ngah Media Prima Berhad (MPB) turut berjaya menggondol tempat kedua bagi kategori Berita Media Digital Terbaik menerusi rencana bertajuk ‘Perahu Terengganu Semakin Pupus’.
Dengan kemenangan itu, Mohd Ishak Abdillah membawa pulang wang tunai RM1,000 dan plak penghargaan.
Majlis Apresiasi Media Terengganu 4.0 yang diadakan sebagai menghargai sumbangan warga media termasuk media sosial, dirasmikan oleh Exco Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Berita penuh:
Harian Metro | 3 petugas Media Prima rangkul anugerah di Majlis Apresiasi Media Terengganu 4.0



