Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Ainol Amriz Ismail, akan tampil sebagai tetamu jemputan dalam segmen khas “Jendela Fikir Edisi HAWANA 2025” yang akan disiarkan secara langsung melalui saluran BERNAMA Radio.
Segmen ini akan mengupas topik bertajuk:
“HAWANA 2025: Platform Strategik untuk Masa Depan Industri Media”,
yang dijadualkan berlangsung pada:
🗓️ Tarikh: Jumaat, 13 Jun 2025
🕤 Masa: 9.30 pagi
📻 Saluran: BERNAMA Radio
📺 MyTV Saluran 711
📱 Aplikasi Penstriman: Google Play, App Store, Spotify
💻 Platform Maya: Zoom
Perbincangan ini akan menyentuh inisiatif dan peranan HAWANA sebagai landasan penting dalam memacu hala tuju serta kelestarian industri media di Malaysia. Pendengar dijemput untuk mengikuti sesi ini secara langsung bagi mendapatkan maklumat terkini serta pandangan bernas daripada pihak MPI.
Siaran ini boleh diikuti menerusi frekuensi radio berikut:
• Lembah Klang: FM 93.9
• Johor Bahru: FM 107.5
• Kuching: FM 100.9
• Kota Kinabalu: FM 107.9
Siarang Langsung FB Bernama Radio: https://www.facebook.com/share/p/19UAXAHNDA



