Kuala Lumpur: Laporan khas Harian Metro mengenai perlindungan sosial kepada golongan suri rumah diangkat sebagai penerima Anugerah Laporan Media Cetak Terbaik sempena Anugerah Media Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) 2025, di sini, malam ini.
Laporan berita dihasilkan wartawan Harian Metro, Mohd Alhafiz Ithnin bertajuk ‘Tiga Juta Jadi Suri Rumah Di Malaysia’ yang disiarkan pada 10 dan 11 Ogos lalu itu mengupas taraf pendidikan terkini suri rumah, dasar kerajaan serta perlindungan yang diberikan kepada wira di sebalik pembangunan modal insan negara.
Selain menyentuh tiga elemen berkenaan, laporan beliau turut menyerlahkan sokongan psikologi yang diperlukan oleh suri rumah serta cadangan daripada badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Suri Rumah Rahmah (SRR) bagi menambah baik kelestarian golongan itu.
Full news:
Harian Metro | Laporan khas Harian Metro rangkul Anugerah Laporan Media Cetak Terbaik Perkeso



