SUBANG JAYA: Institut Akhbar Malaysia (MPI) mencadangkan penubuhan Kursi Akademik Kewartawanan Utusan Melayu di universiti tempatan bagi mendokumentasikan dan memelihara warisan sejarah serta perjuangan akhbar tertua berbahasa Melayu itu.
Ketua Pegawai Eksekutif MPI Ainol Amriz Ismail berkata, kursi itu mampu menjadi gerbang ilmu bagi memperkayakan wacana akademik dalam kajian kewartawanan dan sejarah media tersebut.
“Segala usaha yang dilakukan oleh Utusan Melayu perlu didokumentasikan. Ia bukan sekadar kisah kewartawanan, tetapi merupakan sejarah negara kerana perkembangan penting tanah air banyak direkodkan melalui akhbar ini.
“Justeru, adalah wajar golongan akademik dan pelajar diberikan pendedahan yang sewajarnya terhadap khazanah sejarah ini,” katanya kepada pemberita slepas Forum Kenangan Utusan Melayu sempena Ulang Tahun Akhbar Utusan Melayu Ke-86 dan Hari Wartawan Nasional (Hawana) di sini, pada Sabtu.
Baca penuh:
Astro Awani | MPI cadang wujudkan Kursi Kewartawanan-Utusan Melayu di universiti



