PULAU PINANG, 10 Februari 2026 – Malaysian Press Institute (MPI) hari ini ke Pulau Pinang bagi mengadakan pertemuan dengan Han Chiang University College of Communication (HCUC), Butterworth, Pulau Pinang.
Perwakilan HCUC yang diketuai oleh Pemangku Naib Canselor (Akademik) HCUC, Puan Jenny Khoo dan Dekan Fakulti Komunikasi dan Media (HCUC), Encik Chuah Chin Guan. Manakala MPI diwakili Pengurus Besar MPI, Puan Norlida Jamain dan Pelatih Kandungan Kreatif, Cik Nurul Ifatul Aisyah.
Pertemuan ini diadakan bertujuan membincangkan kerjasama berterusan antara MPI dan HCUC, khususnya dalam usaha membangunkan bakat media bermula dari peringkat institusi pengajian tinggi. Di samping itu, perbincangan turut memberi tumpuan kepada penganjuran program latihan, seminar dan pendedahan industri kepada pelajar, selari dengan keperluan industri media semasa.
MPI berharap agar kerjasama ini dapat memperkukuh hubungan strategik antara HCUC dan MPI dalam melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi, berdaya saing serta bersiap sedia menghadapi cabaran dunia media pada masa akan datang.




