Penghargaan MBR cerminan sumbangan menyeluruh Bernama – CEO

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menerima penghargaan Media dan Persatuan daripada Malaysia Book of Records (MBR), sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan menyeluruh agensi itu dalam landskap media negara.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin berkata penghargaan bersempena ulang tahun ke-30 MBR itu membuktikan komitmen berterusan pengamal media dalam mengetengahkan kisah kejayaan rakyat Malaysia menerusi liputan berkualiti tinggi.

“Peranan kami sebagai agensi berita, stesen televisyen dan radio telah diberi pengiktirafan dan ini mencerminkan sumbangan besar Bernama dalam menperkasakan industri media negara.

“Kami memberi ruang liputan dan menghasilkan kandungan yang menyerlahkan pencapaian luar biasa penerima MBOR. Ini juga satu pengiktirafan kepada dedikasi petugas media kami,” katanya kepada Bernama selepas menerima penghargaan tersebut di Petaling Jaya, malam tadi.

Berita penuh:
Bernama | Penghargaan MBR cerminan sumbangan menyeluruh Bernama – CEO

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest