‘Penubuhan Majlis Media Malaysia tingkat keyakinan kebebasan media’

KUALA LUMPUR: Penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) disifatkan satu titik perubahan penting dalam usaha memperkukuh ekosistem media negara, khususnya dari segi amalan kewartawanan beretika, kebebasan media dan representasi inklusif.

Pengerusi Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Content Forum), Rafiq Razali, berkata penubuhan MMM berupaya memacu tahap ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam penghasilan kandungan, sejajar dengan aspirasi industri untuk meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap media tempatan.

Katanya, penubuhan MMM dilihat mampu melengkapi fungsi sedia ada Content Forum melalui kerjasama strategik yang memfokuskan piawaian lebih tinggi, pemantapan akauntabiliti dan perlindungan kepentingan awam.

Berita penuh:
Berita Harian | ‘Penubuhan Majlis Media Malaysia tingkat keyakinan kebebasan media’

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest