𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀 – 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟏 𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀
Inisiatif ini bertujuan untuk memperkasakan ekosistem media negara melalui adaptasi teknologi dan pembangunan bakat.
Dana ini terbuka kepada organisasi media yang berdaftar dengan Jabatan Penerangan Malaysia dan kakitangan yang memegang Kad Perakuan Media, merangkumi empat skop utama:
Latihan – Peningkatan kemahiran warga media
Teknologi – Perisian dan adaptasi teknologi terkini
Peralatan – Pembelian atau sewaan peralatan teknikal
R&D – Inovasi kandungan termasuk penggunaan AI
Borang permohonan kini boleh dimuat turun menerusi https://danainovasimedia.komunikasi.gov.my bermula 1 hingga 14 Januari 2026.









