KUALA LUMPUR, 3 Mei– Rakyat Malaysia disaran merujuk kepada sumber media yang berautoriti dan berintegriti dalam landskap media masa kini yang menyaksikan percambahan pelbagai pandangan di platform digital.
Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr. Ahmad Murad Merican berkata, lambakan pendapat tanpa pengesahan menjejaskan kepercayaan terhadap maklumat, sekali gus menghakis peranan institusi media tradisional sebagai penyampai berita sahih.
Berita penuh:
Berita RTM | Rujuk media berautoriti, pilih sumber sahih


