KUALA LUMPUR, 17 Julai 2026 – Tahniah kepada semua pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-PETRONAS 2024.
Pengiktirafan ini merupakan penghormatan kepada dedikasi, integriti dan profesionalisme para pengamal media yang terus komited menghasilkan karya kewartawanan berkualiti, beretika serta memberi impak kepada masyarakat.
Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) bukan sekadar mengiktiraf kecemerlangan, malah menjadi pemangkin kepada penghasilan karya yang berwibawa, kritikal dan bertanggungjawab dalam memperkukuh landskap kewartawanan negara.
Malaysian Press Institute (MPI) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pemenang atas sumbangan dan komitmen dalam memperkasakan dunia kewartawanan Malaysia.
Terus berkarya. Terus berintegriti. Terus menginspirasikan






















