KOTA KINABALU – Wartawan Sinar Harian, Norasikin Daineh, berjaya merangkul hadiah utama bagi kategori Anugerah Laporan Berita (bukan rencana) Bahasa Melayu dalam Anugerah Kewartawanan Kinabalu (KPA) 2025 yang berlangsung pada malam Ahad.
Anugerah yang dirangkul menerusi laporan bersiri Jalan Magandai mengisahkan laluan utama untuk penduduk, terutama murid, yang terpaksa berjalan kaki meredah laluan berlumpur walaupun jalan tersebut pernah dilaporkan semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 2022.



