Kota Kinabalu, 25 September 2025 – Kursus Infografik yang berlangsung selama dua hari, iaitu pada 24 dan 25 September 2025, kini telah melabuhkan tirai dengan jayanya.
Bimbingan menyeluruh daripada penceramah jemputan, Ts. Dr. Zul Imran Ahmad selaku Pensyarah Kanan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Cawangan Perak, telah memberikan pendedahan mendalam kepada para peserta mengenai asas serta teknik menghasilkan infografik yang berkesan dan menarik.
Kemuncak kursus ini menyaksikan Pertandingan Infografik AI yang disertai oleh para peserta secara berkumpulan. Pelbagai hasil yang kreatif, informatif dan inovatif telah dipersembahkan, memperlihatkan bakat dan pemahaman peserta terhadap penggunaan teknologi AI dalam rekaan visual masa kini.
Pemenang bagi pertandingan ini telah diumumkan dan masing-masing membawa pulang hadiah berbentuk hamper serta penghargaan sijil daripada pihak penganjur.
Segala komitmen yang disertakan bagi kursus ini merupakan anjuran bersama Kerajaan Negeri Sabah dan pihak MPI.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kursus ini dengan penuh semangat dan komitmen.
“Sehingga bertemu lagi orang Sabah.
Orang Sabah, kamu memang terbaik bah!”


