Kota Kinabalu, 24 September 2025 – Hari ini sedang berlangsung hari pertama Kursus Infografik bersama Ts. Dr. Zul Imran Ahmad selaku Penceramah dan Pensyarah Kanan, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Cawangan Perak.
Slot pada pagi ini dimulakan dengan tajuk kepada “Pengenalan kepada Asas Infografik & Kuasa Visual dalam Komunikasi” yang menekankan elemen asas seperti susun atur, tipografi, pemilihan warna dan hierarki maklumat.
Penceramah turut menjelaskan kepada peserta tentang bagaimana sesebuah visual itu berperanan menyampaikan mesej kompleks dengan cara ringkas, padat dan mudah difahami.
Peserta didedahkan kepada contoh-contoh infografik yang memberi impak tinggi serta teknik terbaik yang boleh digunakan dalam pelaporan bagi liputan berita dan komunikasi organisasi.
Seramai 29 orang peserta daripada pelbagai agensi media dan kursus ini merupakan anjuran bersama MPI dan Kerajaan Negeri Sabah.


