Wartawan dan Ilmuwan Komunikasi Hangatkan Forum Media Kebangsaan 2015

Lebih enam puluh pemimpin editorial, wartawan dan ahli akademik dalam bidang komunikasi, media dan kewartawanan hadir sebagai peserta dan menghangatkan perbincangan Forum Media Kebangsaan 2015 anjuran Malaysian Press Institute (MPI) berlangsung di Hotel Pullman Bangsar, Kuala Lumpur pada 6 Oktober 2015 lalu.

Forum tahunan ini turut memberi manfaat kepada lebih empat puluh pelajar pasca siswazah universiti awam dan swasta yang menyertainya seperti dari UiTM, USM, USIM , UM dan Universiti Selangor (Unisel).

Bertemakan Halatuju dan Masa Depan Kewartawanan Malaysia, perbincangan forum adalah sekitar empat isu semasa berkaitan media dan kewartawanan Malaysia pada era teknologi komunikasi interaktif. Tan Sri Dato’ Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menyampaikan ucap utama dan seterusnya merasmikan forum.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan selain menyokong usaha sama mana-mana institusi seperti MPI yang membawa penambahbaikan ilmu dan produk jurusan kewartawanan, UiTM juga menyambut baik langkah kerjasama yang dimulakan oleh pusat kewartawanannya, Institute of Journalism Studies (IJS) yang telah mengadakan pertemuan dengan MPI baru-baru ini bagi memperkukuh kerjasama dalam bidang penyelidikan dan penganjuran persidangan berkaitan kewartawanan, media dan komunikasi.

Beliau juga menegaskan walaupun Malaysia merupakan negara demokrasi yang menggariskan hak kebebasan bersuara namun Malaysia juga mempunyai syarat-syarat tertentu demi menjamin keselamatan negara dan hak rakyat mempertahan diri daripada cubaan fitnah.

“Penyebaran maklumat palsu dan fitnah di media sosial masa kini perlu ditangani segera. Tindakan undang-undang boleh digunakan bagi mengawal selia segala yang berlaku dalam dunia siber”, tambah beliau.

Antara tokoh wartawan, peneraju editorial dan ahli akademik yang hadir dan mengambil bahagian dalam forum ini termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya; Datuk A. Kadir Jasin, Tokoh Wartawan Negara 2011; dan Prof. Madya Mohamad bin Md Yusoff, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM) yang membentangkan tajuk “Ancaman Terhadap Kewartawanan Serius : Jalan Keluar”.

Pada sesi forum kedua, Profesor Salleh Buang, Kolumnis di  Utusan Malaysia dan MalaysiaGazette.com; Datuk Abdul Jalil Ali, Penasihat Eksekutif Editorial, Kumpulan Media Karangkraf dan En. Thillinadan Muniandy, Pengarang Berita Kanan, Berita Harian membincangkan tajuk “Revitalisasi Akta dan Undang-Undang Media”.

Sebelah petang, sesi ketiga bertajuk “Pentakrifan Semula Fungsi Wartawan dan Kewartawanan” dibincangkan oleh Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican dari Universiti Teknologi PETRONAS, Datuk Ahmad A. Talib, Mantan Pengarah Eksekutif Berita & Operasi Editorial Media Prima Berhad dan  En. Amirul Akhbar Mohd Zulkifli, Pengarah, Institut Pengajian Kewartawanan (IJS), UiTM.

Forum diakhiri dengan sesi perkongsian pengalaman dengan dua wakil wartawan Indonesia mengenai “Peranan Dewan PERS Indonesia : Apa yang Malaysia Boleh Pelajari?” dibentangkan oleh Bapak Nezar Patria, Ketua Komisi Hubungan Antar Lembaga dan Luar Negeri Dewan Pers Indonesia dan Bapak Tarman Azam, Ketua Dewan Penasihat, Persatuan Wartawan Indonesia serta dipengerusikan Prof. Dr. Mohd. Safar Hasim, Felo Utama, Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS) sebagai moderator.

Perbincangan forum bertambah rancak ketika sesi soal jawab. Antara peserta yang melontarkan soalan termasuklah Lokman Osman, Penolong Pengarang KOSMO!; Zulkefli Hamzah, Penolong Pengarang Utusan Malaysia; Ahmad Zaini Kamaruzzaman, Eksekutif Editor, Berita Harian; Farrah Naz Karim, News Editor, New Straits Times dan Dr. Hamisah Hassan, Ketua Jabatan Komunikasi, UPM.

Selain itu, Prof. Dr. Azizul Halim Yahaya, Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM; Datuk Mustapa Omar, Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Ibrahim Abdul Rahman, Ketua Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia, Francis Fahir dari RTM yang juga merupakan Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) dan ramai lagi wartawan kanan media serta pensyarah universiti turut hadir menyertai perbincangan forum.

Forum Media Kebangsaan 2015 anjuran Malaysian Press Institute (MPI) ini ditaja kali kedua oleh Bank Simpanan Nasional setelah yang pertama turut mendapat penajaannya pada tahun lalu.

Oleh Nuzatul Shima Sulaiman.

FOTO-FOTO SEKITAR FORUM :

Forum 01 kak fiza

Forum 02 daftar

Kiri & kanan: Para peserta ketika awal pendaftaran

Forum 03 daftar

Sebahagian daripada 30 pelajar UiTM yang mengikuti forum bergambar selepas mendaftar

 

Forum 04 duduk

Kesemua peserta telah mengambil tempat masing-masing di dalam dewan sebelum majlis perasmian bermula

Forum 05 diriFoto Grup selepas majlis perasmian forum. Dari kiri : Thillinadan Muniandy (BH), Francis Fahir (RTM Sabah/Sabah Journalists Association), Yushaimi Yahaya (New Straits Times), Ahmad Zaini Kamaruzzaman (BH), Prof. Madya Mohamad bin Md Yusoff (USM), Datuk Abd. Jalil Ali (Kumpulan Karangkraf), Prof. Dr. Azizul Halim Yahaya (UiTM), Datuk Dr. Chamil Wariya (MPI), Tan Sri Dato’ Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor (UiTM), Bapak Tarman Azam (Persatuan Wartawan Indonesia), Datuk Mustapa Omar (HMetro), Azman Anuar (Utusan Melayu), Zulkefli Hamzah (Utusan Melayu), Bapak Nezar Patria (Dewan Pers Indonesia), Prof. Madya Dr. Hj. Ismail Sulaiman (UiTM) dan Amirul Akhbar Mohd. Zulkifli (IJS/UiTM)

Forum 06 sahol

Tan Sri Dato’ Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) ketika menyampaikan ucapan perasmian forum.

 

Forum 07 chamil

Forum 08 kadir

Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif MPI (kiri) dan Datuk A. Kadir Jasin, Tokoh Wartawan Negara 2011 (kanan) ketika membentangkan perbincangan “Ancaman Terhadap Kewartawanan Serius”.

Forum 09 empat org duduk

Dari kanan; Azman Anuar, Penolong Pengarang Mingguan Malaysia, Zulkefli Hamzah, Penolong Pengarang Utusan Malaysia, Bapak Tarman Azam Ketua Dewan Penasihat, Persatuan Wartawan Indonesia dan Prof. Madya Dr. Hj. Ismail Sulaiman, Pegawai Khas Naib Canselor UiTM ketika sebelum majlis perasmian forum.

 

Forum 10 khusyuk pelajar

Forum 11 khusyuk pensyarah

Para pelajar UiTM (kiri) dan pensyarahnya (kanan) memberi perhatian serius pada tiap sesi forum.

Forum 12 undang2 mediaSesi forum “Revitalisasi Akta dan Undang-undang Media” dibincangkan oleh Datuk Abdul Jalil Ali (kiri), Penasihat Eksekutif Editorial, Kumpulan Media Karangkraf dan Prof. Salleh Buang (tengah), seorang Kolumnis, Utusan Malaysia dan MalaysiaGazette.com n. Thillinadan Muniandy, Pengarang Berita Kanan, Berita Harian bertindak selaku moderator

Forum 13 indonesiaBapak Nezar Patria (tengah), Ketua Komisi Hubungan Antar Lembaga dan Luar Negeri Dewan Pers Indonesia serius membincangkan “Peranan Dewan PERS Indonesia : Apa yang Malaysia Boleh Pelajari?” sambil didengari Bapak Tarman Azam, Ketua Dewan Penasihat Persatuan Wartawan Indonesia dan Prof. Madya Dr. Mohd. Safar Hasim, Felo Utama IKMAS.

Forum 14 prof murad

Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican dari Universiti Teknologi PETRONAS menerangkan sesuatu mengenai “Pentakrifan Semula Fungsi Wartawan dan Kewartawanan”.

Forum 15 tarman azam

Perkongsian Bapak Tarman Azam mengenai Peranan Dewan PERS Indonesia sesuai dijadikan contoh untuk penubuhan Majlis Media di Malaysia.

 

Forum 16 amirul azhar

Amirul Akhbar, Pengarah Institute of Journalism Studies (IJS) bertanyakan sesuatu ketika sesi soal jawab

Forum 17 zulkefli hamzah

Forum 18 zaini

Zulkefli Hamzah (Utusan Melayu) dan Ahmad Zaini Kamaruzzaman (Berita Harian) antara barisan editorial yang lantang bertanya

Forum 19 farrah naz

Forum 20 hamisah upm

Farrah Naz Abd Karim dari New Straits Times (kiri) yang sering memenangi anugerah Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS dan Dr. Hamisah Hassan, pensyarah dari UPM (kanan) turut memanfaatkan peluang bertanyakan soalan kepada ahli-ahli panel

Forum 21 serius

Ada sesuatu yang serius sedang dibincangkan antara Bapak Tarman Azam (kiri) dan Datuk Ibrahim Abdul Rahman (kanan), Ketua Pengarah, Jabatan Penerangan

Forum 22 jalil ali

Para pemberita menemuramah Datuk Abdul Jalil Ali, Penasihat Editorial Kumpulan Karangkraf (atas) dan Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif MPI (bawah) untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut

Forum 23 chamil