MPI release
MAJLIS MERAIKAN PARA PENYUMBANG MWM 2019

MAJLIS MERAIKAN PARA PENYUMBANG MWM 2019

Rakaman gambar-gambar majlis penyerahan sumbangan oleh wakil penyumbang kepada Ahli Jawatankuasa Induk Penganjuran Malam Wartawan Malaysia (MWM) 2019 yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya.

Majlis dimulakan dengan penyerahan sumbangan bernilai RM7,500, diikuti sumbangan RM10,000, RM20,000 dan RM 30,000.

Majlis turut menerima sumbangan daripada penaja utama Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI- PETRONAS 2018 bernilai RM300,000 sebelum diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.

 

1. Encik Mohammed Nizar Faisal, Pengarah Perbankan Korporat Affin Bank Berhad menyerahkan replika sumbangan bernilai RM7,500 kepada Pengerusi MWM 2019.
2. Wakil Bank Islam Malaysia Berhad, Encik Omar Atin – Penolong Timbalan Presiden Komunikasi Korporat Kumpulan hadir menyerahkan sumbangan.
3. Wakil Berjaya Corporation Berhad , Puan Lydia Lye Penolong Pengurus Besar turut hadir.
4. Puan Ida Rahayu Jamli, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Malaysia Airports Holdings Berhad menyerahkan replika sumbangan.
5. Ketua Tadbir Urus dan Pentadbiran Kewangan, Puan Justine Tan Wee Ha mewakili RHB Bank Berhad menyerahkan sumbangan.
6. Puan Aniz Adura Abdul Majid, Pengurus Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat Technology Park (M) Corporation hadir menyatakan sokongan kepada MPI.
7. Ahli Jawatankuasa Penganjuran MWM 2019, Dato Sri Ibrahim (tengah) menerima replika sumbangan UDA Holdings Berhad yang diserahkan oleh Puan Radziah Mohamed Fadzil, Ketua Komunikasi Korporatnya.
8. Antara penyokong tegar MWM, Ambank Group Berhad menerusi Tuan Syed Anuar Syed Ali hadir menyerahkan replika sumbangan.
9. Encik Rizal Alang Zari, Ketua Pegawai Kewangan DagangHalal Berhad menyerahkan sumbangan.

 

 

10. Datuk Zakaria Abd Wahab (tengah) menerima replika cek sumbangan Ekuiti Nasional yang disampaikan oleh wakilnya, Puan Nolly Ismail, Pengurus Komunikasi.
11. Antara wajah baharu penyumbang MWM – CIk Asmahani Ariffin, Pembantu Penerbitan menyampaikan replika sumbangan kewangan mewakili Kementerian Wilayah Persekutuan.
12. Pengurus Besar Komunikasi Korporat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Puan Noryani Ismail menyerahkan replika sumbangan.
13. Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) diwakili oleh Puan Hanita Mustaffa, Pengurus Komunikasi Korporat tampil menyerahkan replika sumbangan.
14. Datuk Mustapa Omar (tengah) menerima replika cek sumbangan Padiberas Nasional Berhad daripada Puan Indradevi Gengatharan, Pengurus Jabatan Korporat.
15. Wakil Permodalan Nasional Berhad, Naib Presiden Bahagian Komunikasi – Puan Aimisyam Azian Aziz hadir menyerahkan replika sumbangan.
16. Sokongan secara berterusan juga diterima daripada Prasarana Malaysia Berhad. Encik Azhar Ghazali, Naib Presiden Kanan menyerahkan replika sumbangan sambil menunjukkan isyarat terbaik.
17. Encik Mohd Ramali Abu Bakar, Pengurus Besar Komunikasi Korporat mewakili Prolintas Sdn Bhd juga menyokong penganjuran MWM 2019.
18. Encik Foo Tick Fat (dua dari kiri) mewakili MPI menerima sumbangan kewangan daripada wakil Public Bank Berhad, Puan Norida Mohamed, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Awam.
19. Walau beroperasi di Selatan tanah air, Ranhill Holdings turut hadir menyokong kegiatan MPI. Pengurus Komunikasi Korporat Kumpulan, Puan Izyan Ahmad menyerahkan replika sumbangan kepada Pengerusi MWM 2019.
20. SME Bank Berhad juga menyatakan sokongan kepada MPI. Encik Khairil Anuar Mohammad Anuar, Ketua Pegawai Strategik Kumpulan hadir menyerahkan replika sumbangan.
21. Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Tourism Malaysia, Encik Iskandar Mirza Mohd Yusof menyampaikan replika sumbangan kepada wakil Ahli Jawatankuasa Induk Penganjuran MWM 2019, Encik Foo Tick Fat.
22. Encik Choo Joon Kian mewakili Ahli Jawatankuasa Induk Penganjuran MWM 2019 menerima replika sumbangan dari Encik Mohd Hafiz Mohd Noor, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat UEM Edgenta Berhad.
23. Weststar Aviation Services Sdn Bhd juga antara penyumbang baharu yang menyokong penganjuran MWM. Encik Fairul Ramzi, Pengurus Besar Perhubungan Korporat menyerahkan replika sumbangan kepada wakil penganjur.
24. MPI turut menerima sumbangan kewangan bernilai RM20,000 daripada Celcom Axiata Berhad yang diwakili oleh Puan Rohizan Ismail, Ketua Perhubungan Media.
25. Encik Mahmood Abdul Razak, Ketua Komunikasi Strategik Kumpulan DRB-Hicom Berhad menyerahkan replika sumbangan kepada Dr. Safar Hasim yang mewakili MPI.
26. EXIM Bank (M) Berhad juga antara syarikat korporat yang konsisten menyokong penganjuran MWM. Ketua Komunikasi dan Perhubungan Pihak Berkepentingan, Puan Azmin Hamzah hadir menyerahkan replika sumbangan.
27. Walau terpisah dengan lautan, sokongan tetap diterima daripada Sarawak Energy Berhad yang beroperasi di Sarawak. Puan Letitia Samuel, Eksekutif Kanan Komunikasi Korporat hadir menyerahkan replika sumbangan.
28. Datuk Omar Sidek, Pengurus Besar Perhubungan Korporat, Tenaga Nasional Berhad (tengah) menunjukkan isyarat bagus semasa menyerahkan replika sumbangan bernilai RM 30,000 kepada Dr. Safar. Untuk rekod, TNB adalah penyumbang tertinggi Malam Wartawan Malaysia sejak ianya dianjurkan.
29. PETRONAS selaku penaja utama hadiah kepada para pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI – PETRONAS 2018. Encik Joseph Edwin, Ketua Perhubungan Media hadir menyerahkan replika sumbangan kepada Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif MPI.
30. Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPI bergambar bersama Ahli Majlis Pentadbir yang hadir meraikan para penyumbang MWM 2019.
Dari kiri : Datuk Mustapa Omar, Dato Sri Ibrahim Abdul Rahman, Datuk Dr. Chamil Wariya, Dr. Mohd Safar Hasim, Datuk Zakaria Abd Wahab, Datuk Yong Soo Heong dan Datuk Zulkefli Hamzah.