ANUGERAH
MPI MEMANGGIL PARA KARYAWAN MEDIA SERTAI HKM 2018

MPI MEMANGGIL PARA KARYAWAN MEDIA SERTAI HKM 2018

KENYATAN MEDIA MPI

 MPI MEMANGGIL PARA KARYAWAN MEDIA SERTAI HKM 2018 

Kini Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) memasuki tahun penganjuran yang ke-38 dalam memberi pengiktirafan tertinggi terhadap karya-karya kewartawanan Malaysia. Terdapat 20 kategori dipertaruhkan dalam Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2018 (HKM 2018).

Penyelaras Anugerah Media, Salman Husni Abdollah berkata “Hadiah Kewartawanan Malaysia ini telah mula dibuka penyertaan mulai 25 September yang lalu dan pihak kami bersedia untuk menerima sebarang karya kewartawanan daripada pengamal media tempatan, dimana karya yang diterbit dan disiarkan dalam tempoh sepanjang tahun 2018.”

Salman menambah “Yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM 100 bagi pertubuhan media yang berdaftar sebagai ahli MPI manakala bagi bukan ahli perlu membayar RM 200 bagi membolehkan penyertaannya diproses oleh Sekterariat MPI.”

 “Kami amat berharap para peserta yang mempertaruhkan karyanya untuk bertanding hendaklah menyusun fail-fail artikel dengan turutan bernombor bagi mengelak kekeliruan yang tidak diingini,” pinta Salman.

Tarikh tutup penyertaan HKM 2018 adalah 14 Januari 2019 dan sebarang penyertaan yang lewat dikemukakan tidak akan dilayan.

Untuk mendapatkan borang penyertaan, syarat-syarat & peraturan, serta keterangan lanjut mengenai HKM 2018, sila layari www.mpi.my/release/hkm2018-dibuka .

Majlis Malam Wartawan Malaysia 2019 bakal diadakan pada 26 April 2019 di Kuala Lumpur.

Meninjau kembali HKM 2017 menerima 347 penyertaan dan sekumpulan wartawan dari R.AGE, The Star memenangi Hadiah Kajai buat kali kedua berturut-turut. Hadiah utama disampaikan oleh Menteri Luar Negeri Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah pada Malam Wartawan Malaysia 2018 pada 13 Julai yang lalu.

 

 

Dikeluarkan pada : 24 Oktober 2018, Rabu.

Dikemaskini pada : 18 Disember 2018, Selasa.