MPI release
Pejabat Ahli Parlimen Fahmi Fadzil menerima kunjungan Ahli Majlis Pentadbiran MPI

Pejabat Ahli Parlimen Fahmi Fadzil menerima kunjungan Ahli Majlis Pentadbiran MPI

1 Jun 2023: Alhamdulilah saya dan Ahli Majlis Pentadbiran MPI pagi tadi mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Komunikasi dan Digital YB Tuan Fahmi Fadzil di pejabat beliau di Jalan Pantai Murni, Pantai Hill Park Bangsar.

Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu terletak di kawasan yang strategik kerana ia dikelilingi oleh para pengundi B40, M40 dan T20. Mudah untuk mereka mendapatkan perkhidmatan dari seorang anggota Dewan Rakyat yang mewakili mereka.

Tujuan kunjungan rombongan MPI adalah untuk secara rasmi mengundang beliau menghadiri Malam Wartawan Malaysia anjuran Malaysian Press Institute pada 9 Jun 2023. Beliau telah mengesahkan kehadiran sebelum ini.

Majlis itu diadakan untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia 2022 tajaan PETRONAS.

Selain itu, MPI juga mengundang YB Fahmi untuk menyampaikan ucap utama pada Forum Media Nasional pada 25 Julai 2023. Beliau bersetuju.

Pada kesempatan tadi saya juga memberi taklimat ringkas kepada beliau mengenai MPI yang sudah berusia 56 tahun pada 17 Mei 2023 lalu. Dan menyerahkan buku-buku terbitan MPI.

Antaranya sebuah buku mengenai perjalanan MPI selama 56 tahun sebagai sebuah pusat latihan kewartawanan tertua di negara ini.

Kami juga berbincang mengenai isu semasa media dan kewartawanan. Ethical journalism dan media sustainability serta kebajikan para wartawan veteran amat dekat dengan hati beliau sebagai menteri yang diberi tanggungjawab menjaga media dan industri kreatif di negara ini.

InsyaAllah MPI akan bekerjasama dengan agensi-agensi di bawah KKD dan NGO media yang lain untuk menjayakan program berkait kewartawanan beretika dan media pada masa akan datang.

Terima kasih YB Fahmi atas pandangan bernas yang disampaikan kepada kami masa pertemuan tadi.

Kredit foto Norhafiza Kamaluddin.

Dari kiri: Encik Choo, Azri Atan, saya, YB Fahmi, Sri Diah Shaharuddin, Roslan Ariffin, Brian Martin.
Datuk Dr. Chamil Wariya dan YB Fahmi
Menyerahkan buku THE MPI JOURNEY 56 YEARS AND COUNTING.
Merakamkan penghargaan kepada YB Fahmi.
Kenangan bersama YB Fahmi di Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Memberi taklimat mengenai MPI kepada YB Fahmi.
Menyerahkan dua buah buku terbitan MPI kepada YB Fahmi.
Berbual sebelum mengucapkan selamat tinggal.