21 Januari 2025, Kota Kinabalu – Hari pertama Kursus Artificial Intelligence: Empowering Journalists on Content and Newsroom Management pada pagi ini dimulakan dengan sesi perkongsian Ancaman Jenayah Siber (Scammer) & Tip Pencegahan oleh Pegawai Penyiasat Jenayah Komersil IPD Kota Kinabalu, Inspektor Mohamad Riduan Sani.
Dalam perkongsian ini, beliau menyentuh mengenai jenis-jenis penipuan atau scam yang berlaku, tips keselamatan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PDRM dalam menangani jenayah siber ini daripada kian berleluasa dalam komuniti di Malaysia khususnya di Sabah.



