7 Januari 2025, Kuching – Hari pertama Kursus Artificial Intelligence: Empowering Journalists on Content and Newsroom Management pada pagi ini dimulakan dengan sesi Pengenalan AI dan Tren Jenayah Siber oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM Sarawak, YDH Superintendan Mohd Syafiq Jinuin.
Dalam perkongsian ini, beliau menyentuh mengenai tren-tren terkini penipuan atau scam yang berlaku dan cara-cara untuk menangani jenayah siber ini daripada kian berleluasa dalam komuniti di Malaysia. Dengan perincian yang diberikan dapat membuka mata dan minda pengamal-pengamal media Sarawak dalam mencegah kegiatan jenayah ini daripada terus berlaku.




