6 Februari 2025 – Malaysian Press Institute (MPI) telah menerima koleksi buku yang disumbangkan oleh Dr. Mohd Safar Hasim, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPI. Beliau adalah Mantan Felo Utama, Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Antara penulisan beliau yang disumbangkan ialah buku Akhbar dan Kuasa: Perkembangan Sistem Akhbar di Malaysia Sejak 1806 yang membincangkan tentang kebebasan dan kawalan sistem akhbar di Malaysia.
Koleksi buku ini diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Tuan Haji Ainol Amriz Ismail dan Setiausaha Pentadbiran MPI, Puan Nur Afiqah Rahmat.
__________________
Malaysian Press Institute (MPI) dalam usaha mewujudkan Perpustakaan Mini di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya. Sehubungan itu, MPI menjemput Penerbit, Penulis, Universiti, Kolej, agensi kerajaan, syarikat Media dan penggiat buku untuk bersama menyumbang buku NON FIKSYEN ke perpustakaan ini.



