CYBERJAYA, 24 Februari – Malaysian Press Institute (MPI) hari ini mengadakan Mesyuarat Sekretariat yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Haji Ainol Amriz Ismail, di pejabat operasi MPI, Cyberjaya.
Mesyuarat ini bertujuan mengemas kini pelaksanaan program utama MPI, termasuk Hadiah Kewartawanan Malaysia 2024, penganjuran anugerah media, serta kursus-kursus latihan yang akan berlangsung sepanjang tahun.
MPI komited untuk terus memperkasakan industri kewartawanan dan media melalui penganjuran program berkualiti bagi manfaat pengamal media serta organisasi berkaitan.



