Cyberjaya | 23 April 2025 – Sesi pertama dimulakan dengan sesi bersama penceramah jemputan berpengalaman, Ashwad Ismail, yang berkongsi ilmu dan pengalaman beliau dalam dunia kewartawanan solo.
Sepanjang bengkel ini, peserta akan didedahkan kepada pelbagai aspek penting dalam kewartawanan solo, termasuk pengumpulan maklumat, teknik rakaman, penulisan berita, penyuntingan video, serta penggunaan teknologi digital yang efektif dalam penyampaian laporan berita secara individu.
Program ini dirangka khas untuk memperkasakan pengamal media dengan kemahiran serba boleh, sejajar dengan keperluan industri yang semakin mencabar dan dinamik pada era digital masa kini.






