Media 5.0 & Masa Depan Kewartawanan: Forum Mini USIM Buka Perspektif Baharu

Forum Mini 2 yang berlangsung di Dewan Kuliah Fakulti 1.2, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan pada 22 April 2025, telah dihadiri hampir 100 peserta terdiri daripada pelajar dan pensyarah.

Program yang dirasmikan oleh Dekan Fakukti Kepimpinan Dan Pengurusan, Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani itu antara lain membuka ruang pendedahan kepada pelajar mengenai realiti industri media 5.0 yang berteraskan teknologi pintar dan nilai kemanusiaan. Ia mengupas cabaran, trend serta keperluan semasa media, sekali gus memperkasakan pelajar sebagai generasi wartawan digital yang beretika, tangkas dan relevan dalam era transformasi media.

Tiga ahli panel telah memberikan pendapat dan rasional masing-masing sepanjang forum selama hampir 3 jam itu. Tiga panel ialah Presiden Malaysian Press Institute (MP), Datuk Yong Soo Heong; Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Haji Ainol Amriz Ismail dan Penerbit, Wartawan dan Pengacara TV, Ally Iskandar. Moderator bagi forum ini ialah Pensyarah Kanan di FKP, Prof Madya Dr Nur Kareelawati Abd Karim.

Melalui sesi ini, pelajar didedahkan kepada realiti semasa industri – termasuk penggunaan AI, automasi berita, serta peranan algoritma dalam pembentukan persepsi awam. Forum ini memberi impak positif dengan memperluas kefahaman pelajar tentang keperluan kemahiran baharu dalam kewartawanan digital serta membina kesedaran tentang tanggungjawab etika sebagai pengamal media masa hadapan.

Turut dijelaskan keperluan melahirkan wartawan hibrid – iaitu wartawan masa hadapan yang menguasai penulisan, teknologi digital, data, serta etika kewartawanan.

Forum ini turut dihadiri Mantan Dekan FKP USIM, Prof. Dr. Mohd. Yahya Mohamed Ariffin.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter