KUALA LUMPUR, 30 April – Hari kedua Kursus Kewartawanan Digital Untuk Pengamal Media menyaksikan peserta mempersembahkan dokumentari pendek hasil latihan yang dijalankan sepanjang sesi hari pertama. Persembahan ini menonjolkan kreativiti dalam menghasilkan naratif visual yang padat dan berimpak, selaras dengan keperluan kewartawanan era digital.
Sesi diteruskan dengan latihan praktikal Live TikTok, di mana peserta diberi pendedahan secara langsung mengenai cara menyampaikan kandungan berfakta menggunakan pendekatan siaran langsung. Kandungan fakta disusun dan disokong menggunakan teknologi kecerdasan buatan seperti ChatGPT, yang membolehkan penyampaian lebih cekap dan menarik minat audiens media sosial.
Haji Ainol Amriz Ismail turut menekankan kepentingan Call To Action (CTA) dalam setiap kapsyen media sosial. Menurut beliau, kapsyen bukan sekadar menyampaikan maklumat, tetapi perlu diolah bagi menggalakkan tindakan seterusnya meningkatkan jangkauan dan keterlibatan audiens.









