Anugerah Media Agrobank 2025: Karya Kreatif dan Berimpak Diberi Pengiktirafan

Petaling Jaya, 22 Mei 2025 – Majlis Anugerah Media Agrobank 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah di Hotel Sheraton, Petaling Jaya semalam. Berkonsepkan tema “Artificial Intelligence (AI)”, anugerah ini menjadi platform utama Agrobank dalam menghargai sumbangan para pengamal media yang komited menyampaikan maklumat secara kreatif, tepat dan berimpak tinggi kepada masyarakat. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Isham Bin Ishak.

Sebanyak lima kategori utama dipertandingkan pada tahun ini, iaitu Media Cetak & Portal Berita (Berita), Media Cetak & Portal Berita (Rencana), Media Penyiaran Televisyen & Video Dalam Talian (Berita & Laporan Khas), Media Radio serta Teknologi & Digital Agrobank.

Kehadiran Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, turut memeriahkan suasana apabila beliau menyampaikan anugerah kepada para pemenang yang berjaya menonjolkan karya bermutu tinggi dan berinovatif.

AgroBank turut menyantuni tiga mantan Wartawan yang terkesan berikan masalah kesihatan dengan menyerahkan sumbangan zakat kepada mereka. Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Tuan Haji Ainol Amriz Ismail selaku wakil penerima.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Presiden Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Yong Soo Heong, Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Tuan Haji Ainol Amriz Ismail, serta barisan sekretariat MPI.

Setinggi-tinggi penghargaan tahniah MPI diucapkan kepada semua pemenang Anugerah Media Agrobank 2025. Semoga pengiktirafan ini terus menjadi pemangkin kepada penghasilan karya media yang berkualiti, beretika dan berpaksikan inovasi dalam memperkasa penyampaian maklumat kepada khalayak ramai.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter