Cyberjaya, 3 Jun 2025 – Sesi percambahan minda bagi Malam Wartawan Malaysia 2024 telah berlangsung pada pagi tadi yang bertempat di Pusat Latihan Malaysian Press Institute (MPI), Cyberjaya.
Sesi ini diadakan sebagai sebahagian daripada persiapan rapi menjelang penganjuran acara berprestij tersebut yang merupakan platform penghargaan tertinggi kepada pengamal media tanah air.
Antara yang hadir termasuk Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong ; Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Tuan Haji Ainol Amriz Ismail; serta Tokoh Wartawan iaitu Datuk A. Kadir Jasin dan Tan Sri Johan Jaaffar. Turut sama menyertai Dekan Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Dato’ Sri Dr. Syed Arabi Syed Abdullah Idid dan Ketua Jabatan Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof. Dr. Hamedi Mohd Adnan.
Kehadiran barisan tokoh berpengalaman ini mampu memperkukuh lagi matlamat MPI dalam memastikan pelaksanaan Malam Wartawan Malaysia berjalan lancar dan terus menjadi medan pengiktirafan yang berwibawa dalam dunia kewartawanan negara.