YB Datuk Fahmi Fadzil Bakal Rasmi Forum Mini 4 Anjuran MPI-UUM

SINTOK, 6 Jun 2025 – Isu kebebasan media dalam era digital bakal menjadi tumpuan dalam Forum Mini 4: “Siber, Suara & Sempadan: Merungkai Dinamika Kebebasan Media dalam Era Digital” anjuran Malaysian Press Institute (MPI) dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) yang akan berlangsung pada 10 Jun 2025 (Selasa), jam 9:00 pagi di Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen UUM.

Forum ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi yang turut dijadual menyampaikan ucaptama peluncuran, menyentuh peranan media dalam mengekalkan keseimbangan antara kebebasan bersuara dan tanggungjawab etika di ruang digital.

Menampilkan tiga ahli panel berpengalaman, forum ini bakal mempertemukan pelbagai pandangan profesional merentas bidang media, undang-undang dan akademik:

🔹 Nik Suryani Megat Deraman – Ketua Pengarang The Malaya Post / Presiden Persatuan Kewartawanan Multimedia Malaysia
🔹 Haji Ainol Amriz Ismail – Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysian Press Institute
🔹 Dr. Hafidz Hakimi Haron – Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Undang-Undang, UUM

Sesi forum akan dikendalikan oleh Nur Nazirah Hisham, pelajar Sarjana Muda Undang-Undang dari UUM.

Forum Mini 4 ini merupakan kesinambungan daripada siri forum mini anjuran MPI yang bertujuan membuka ruang wacana awam serta memperkukuh kefahaman tentang kebebasan media dalam konteks undang-undang dan teknologi semasa.

Program ini dianjurkan dengan sokongan rakan strategik iaitu Jabatan Penerangan Malaysia dan PETRONAS.

Orang awam, pelajar, pengamal media dan warga akademik dijemput hadir bagi mengikuti perbincangan ilmiah ini secara fizikal.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter