MPI Hargai Sumbangan Nurul Azira dan Muhamad Faris

CYBERJAYA, 30 Jun — Malaysian Press Institute (MPI) mengadakan satu majlis perpisahan sederhana tetapi penuh makna bagi meraikan perkhidmatan dan sumbangan kakitangannya, Nurul Azira Tajuddin (Eksekutif Pengurusan), serta pelajar latihan industri, Muhamad Faris Faisal, dalam satu sesi makan tengah hari di Cyberjaya, hari ini.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada kedua-dua warga MPI itu atas dedikasi dan komitmen sepanjang mereka bersama organisasi. Nurul Azira yang telah berkhidmat sebagai Eksekutif Pengurusan dikenang atas sumbangannya dalam memperkukuh pentadbiran MPI. Sementara itu, Muhamad Faris telah berjaya menamatkan tempoh latihan industrinya dengan penuh tanggungjawab dan semangat pembelajaran yang tinggi.

MPI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Nurul Azira dan Muhamad Faris serta mendoakan kejayaan mereka dalam setiap langkah masa depan.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter