KUCHING: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof semalam meminta pengamal media di Sarawak untuk sentiasa mengetengahkan “laporan yang bermanfaat”, selaras dengan kemajuan negeri ke arah mencapai matlamat Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030.
Bercakap pada majlis makan malam sempena Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2025 dan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) peringkat negeri, di sini, malam tadi, beliau berkata, liputan berita harus mencerminkan hala tuju strategik negeri serta cabaran masyarakat setempat.
“Berita yang boleh diketengahkan termasuk kemajuan teknologi hijau dan hidrogen, serta kisah perjuangan dan ketahanan rakyat dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup. Naratif penting lain termasuk kesan dasar dan perkhidmatan awam di tengah-tengah Borneo yang benar-benar bermakna,” katanya.
Berita penuh:
Astro Awani | Pengamal media Sarawak perlu tumpu kepada laporan yang bermanfaat – Fadillah



