PUTRAJAYA, 10 Julai 2025 – Sesi pembentangan kertas kerja bantuan geran tahunan Jabatan Penerangan Malaysia disampaikan oleh Malaysian Press Institute (MPI) dihadapan YBrs. Encik Nik Kamaruzaman bin Nik Husin, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik & Industri Kreatif) di sini. Sesi ini memperlihatkan komitmen dan ketelusan pelaksanaan program-program latihan dalam memperkukuh kompetensi pengamal media, pegawai penerangan, serta pelajar kewartawanan dan komunikasi.
Sesi ini memberi ruang positif untuk memperkukuh sinergi antara MPI dan Kementerian Komunikasi dalam membangunkan industri media dan literasi digital negara.





