Kuala Lumpur, 24 Julai 2025 – Hari ini merupakan hari terakhir Malaysian Press Institute (MPI) berada di Seminar Kebangsaan Penerbitan Majalah dan Media Baharu Berbahasa Melayu di Malaysia 2025 yang berlangsung di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
MPI memberi pencerahan kepada para pengunjung yang hadir ke reruai berkenaan dengan peranan MPI dalam memacu pembangunan industri media, kewartawanan dan komunikasi.
Seminar ini juga menghimpunkan para penggiat industri penerbitan dan media baharu, sebagai platform memperkukuh kerjasama strategik serta membincangkan cabaran dan peluang dalam memperkasa bahasa Melayu di arus transformasi digital kini.
MPI akan terus komited menjadi peneraju dalam melahirkan pengamal media yang berintegriti dan mampu berdaya saing untuk kejayaan masa hadapan.
Di Malaysian Press Institute –
“Anda namakan, kami adakan.”








