TVS Perkukuh Penulisan Analisis, Pendapat & Penyiasatan – Hari Pertama Kursus Penulisan Era Baharu

Kuching, 29 Julai 2025 – Hari pertama Kursus Penulisan Era Baharu: Struktur, Suntingan & Konsep Dipacu Teknologi anjuran Malaysian Press Institute (MPI) bersama TV Sarawak (TVS) menyaksikan pengisian intensif, khususnya pada sesi petang yang memberi tumpuan kepada kemahiran penulisan berbentuk analisis, pendapat, laporan khas dan penyiasatan.

Dalam sesi tersebut, para peserta didedahkan kepada teknik dan pendekatan penulisan berimpak tinggi, yang memerlukan ketajaman pemikiran, kecekapan menyusun fakta serta kemahiran meneliti isu dari pelbagai sudut sebelum dilaporkan kepada khalayak.

Bagi mengukuhkan pemahaman dan aplikasi, peserta turut diberikan tugasan individu melibatkan penulisan berita, artikel pendapat, artikel analisis serta rencana bertemakan percutian.

Kursus dua hari yang berlangsung di pejabat Sarawak Media Group ini dikendalikan oleh Encik Zamri Rambli, tenaga pengajar berpengalaman dan merupakan kerjasama ketiga antara MPI dan TVS dalam memperkasa wartawan tempatan ke arah penulisan profesional berasaskan teknologi.

Program ini akan diteruskan esok dengan pengisian lanjutan termasuk pembentangan tugasan dan pemantapan teknik penyuntingan.

“Anda Namakan, Kami Adakan”

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter