Sinergi MPI-PPM: Latih Pemimpin Pengakap Mahir Media Sosial

Kuala Lumpur, 30 Julai 2025 – Delegasi Malaysian Press Institute (MPI) telah mengadakan kunjungan hormat ke Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) yang berlangsung di Ibu Pejabat PPM, Kuala Lumpur. Lawatan ini diketuai oleh Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong, bersama Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Tuan Haji Ainol Amriz Ismail, Pengurus Besar MPI, Puan Norlida, serta beberapa ahli sekretariat MPI.

Delegasi MPI telah disambut mesra oleh Pemangku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Dr. Mohammed Mukhyuddin Bin Sarwani bersama beberapa barisan kepimpinan PPM lain.

Pertemuan ini membuka peluang kepada kedua-dua pihak untuk meneroka kerjasama strategik dalam pelbagai bentuk, termasuk penganjuran latihan media dan komunikasi kepada pemimpin pengakap khususnya dalam aspek pengurusan media sosial, penceritaan digital dan penyampaian mesej secara efektif.

MPI turut menyatakan hasrat untuk membantu memperkasakan media sosial PPM sebagai langkah awal menjadikan platform digital sebagai ruang utama penyampaian mesej dan aktiviti pengakap kepada masyarakat umum, terutamanya generasi muda.

Kunjungan hormat ini menjadi permulaan kepada inisiatif jangka panjang dalam memperkukuh kerjasama MPI dan PPM ke arah membina komuniti pengakap yang celik media, berdedikasi dan berdaya saing dalam era komunikasi digital masa kini.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter