JAINJ Rancang Tubuh Unit Komunikasi Korporat: Bengkel Perkasa Strategi Media Sosial Rasmi Jadi Titik Tolak

Ayer Keroh, 7 Ogos 2025 – Usaha Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk memperkukuh penyampaian maklumat rasmi kepada rakyat dan umat Islam di negeri Johor kini memasuki fasa penting menerusi penganjuran Bengkel Pemerkasaan dan Tadbir Urus Media Sosial Rasmi selama tiga hari yang berakhir hari ini.

Bengkel intensif yang berlangsung dari 5 hingga 7 Ogos di Melaka ini menghimpunkan pegawai-pegawai JAINJ termasuk kadi-kadi daerah sebagai persediaan awal menubuhkan Unit Komunikasi Korporat, satu unit yang dijangka mengoptimumkan strategi komunikasi jabatan berlandaskan etika, ketelusan dan teknologi terkini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Dr. Haji Ainol Amriz Bin Ismail selaku tenaga penggerak utama bengkel ini, pengurusan media sosial dan laman sesawang rasmi jabatan perlu beralih daripada pendekatan maklumat bersifat sehala kepada komunikasi yang lebih strategik, responsif dan mesra rakyat.

Majlis penutupan bengkel ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi JAINJ, Tuan Haji Yosree Ikhsan, yang mewakili Pengarah JAINJ.

Bengkel ini membuktikan bahawa pendekatan komunikasi organisasi kerajaan kini berubah secara signifikan – bukan sahaja dari segi penggunaan teknologi tetapi juga dari aspek tanggungjawab sosial dan strategi komunikasi yang lebih inklusif dan berkesan.

Langkah ini menjadi titik tolak JAINJ ke arah membina sebuah jabatan yang lebih telus, responsif dan dekat di hati rakyat, selari dengan harapan masyarakat terhadap institusi agama negeri yang progresif dan relevan dalam mendepani cabaran dunia digital masa kini.

Sebagai rakan strategik dalam pembangunan komunikasi sektor awam dan korporat, MPI turut menawarkan modul latihan komunikasi digital, penulisan kandungan strategik dan tadbir urus media sosial kepada organisasi yang ingin memperkasa pasukan komunikasi mereka.

“Anda Namakan, Kami Adakan”

MPI bersedia membantu anda membentuk pasukan komunikasi yang profesional dan berdaya saing.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter