MPI, Pertubuhan ERATV Rancang Kerjasama Strategik Perkasa Industri Media

CYBERJAYA, 12 Ogos 2025 – Pertubuhan ERATV menyatakan hasrat untuk menjalin kerjasama strategik dengan Malaysian Press Institute (MPI) melibatkan pelbagai inisiatif pembangunan media dan komunikasi.

Kerjasama yang dicadangkan merangkumi penganjuran acara berskala besar, pembangunan podcast, penerbitan program televisyen serta penyediaan tenaga pengajar atau jurulatih oleh pasukan ERATV bagi program dan kursus anjuran MPI.

Inisiatif ini timbul susulan kekangan platform yang dihadapi pertubuhan itu untuk mengembangkan potensi mereka. MPI dilihat sebagai medium strategik yang mampu membuka peluang lebih luas kepada Pertubuhan ERATV sekali gus meningkatkan keterlihatan mereka di peringkat nasional.

Penganjuran acara berskala besar hasil kerjasama ini dijangka memberi impak tinggi serta menarik perhatian pihak kerajaan dan pemegang taruh utama di samping memperkukuh hubungan strategik kedua-dua pihak.

Delegasi Pertubuhan ERATV yang hadir terdiri daripada Setiausaha, Siti Hida Abu Abid; Ahli Jawatankuasa, Razali Awang dan Nor Helmee Zainal Abidin; serta Penasihat, Nizal Mohammad. Mereka disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Dr. Ainol Amriz Ismail, bersama barisan sekretariat MPI.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter