SELEPAS lima dekad dirunding, petisyen dikemukakan dan dialog dilakukan, Majlis Media Malaysia (MMM) akhirnya ditubuhkan pada tahun ini, satu pencapaian amat dinantikan pengamal media dan pejuang kebebasan akhbar.
Penubuhannya diharap menjadi titik perubahan, peralihan daripada media dikawal kerajaan kepada ekosistem kawal selia kendiri berasaskan kebebasan, profesionalisme dan kepercayaan awam.
Namun, sebuah majlis yang lahir daripada perjuangan panjang ini tidak sepatutnya membisu. Menjelang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pertamanya pada 7 November ini, semakin banyak pihak bimbang MMM dilihat belum menemui suara dan arah tuju sebenar.
Berita Harian | Tiba masanya Majlis Media Malaysia bertindak, bukan membisu




