PUTRAJAYA: Malaysian Press Institute (MPI) meminta agar pelaporan berkaitan bencana alam, tragedi dan isu kemanusiaan dilaksanakan secara beretika, berfakta dan berperikemanusiaan dengan mengambil kira sensitiviti budaya, tata susila serta hubungan antara negara khususnya dalam konteks pelaporan rentas sempadan.
Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong berkata media memikul tanggungjawab penting bukan sekadar menyampaikan maklumat kepada masyarakat tetapi turut membentuk kefahaman awam, memelihara maruah mangsa serta menjaga keharmonian hubungan dua hala dan serantau.
Berita penuh:
Harian Metro | Media beretika perkukuh diplomasi negara – MPI



