MPI, Jabatan Tanah dan Galian Rangka Modul Komunikasi Strategik Lebih Berkesan

Cyberjaya, 4 Mei – Malaysian Press Institute (MPI) telah menerima kunjungan daripada Jabatan Tanah dan Galian bagi mengadakan sesi perbincangan berkenaan pelaksanaan latihan pelan komunikasi strategik.

Perbincangan ini turut memberi tumpuan kepada pembangunan kandungan modul pelan komunikasi strategik yang lebih menyeluruh, praktikal dan berkesan, selaras dengan keperluan semasa.

Kunjungan tersebut dihadiri oleh Puan Hafizah binti Muhamad Kher, Ketua Unit Komunikasi Korporat, Nur Hazwani binti Shaik Mohd Hashim, Penolong Pegawai Penerangan dan Mohd Hairi bin Sallehudin.

MPI diwakili oleh Sekretariat Dr. Nuzatul Shima dan Norhafiza Kamaludin, Pengurus Kanan Unit Pengurusan Projek.

Sesi ini diharap dapat memperkukuh kerjasama antara kedua-dua pihak, di samping memastikan penyampaian maklumat dan komunikasi organisasi dapat dilaksanakan secara lebih terancang, sistematik dan berimpak tinggi.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter