MPI Perkukuh Kompetensi Komunikasi Melalui Bengkel Pengurusan Solusi Komunikasi

Cyberjaya, 5 Mei 2026 – Hari pertama Bengkel Pengurusan Solusi Komunikasi anjuran Malaysian Press Institute (MPI) kini sedang berlangsung di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya dengan bimbingan daripada Datuk Badrulhisham Othman, mantan Timbalan Pengarang Berita Harian selaku jurulatih bertauliah HRDC.

Bengkel ini disertai seramai 9 pegawai daripada Jabatan Penerangan Malaysia dan seorang dari BERNAMA yang didedahkan kepada pelbagai aspek penting dalam pengurusan komunikasi organisasi, antaranya pemetaan isu dan cabaran komunikasi, strategi merangka solusi komunikasi, serta pembinaan mesej dan naratif yang jelas, konsisten dan berimpak kepada khalayak.

Selain itu, sesi latihan turut merangkumi pengurusan media dan hubungan strategik, pengendalian komunikasi isu serta krisis, di samping strategi komunikasi digital dan pengurusan reputasi. Bengkel ini turut menekankan penyediaan pelan tindakan komunikasi yang praktikal, relevan dan boleh dilaksanakan, sejajar dengan peranan pegawai penerangan dan komunikasi korporat dalam menyampaikan maklumat yang tepat, berkesan dan berintegriti.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest