CYBERJAYA, 21 Mei 2026 – Bengkel Digital AI Storytelling anjuran Malaysian Press Institute (MPI) yang berlangsung selama dua hari di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya melabuhkan tirainya hari ini. Seramai 11 orang peserta diberikan penekanan kepada aspek simulasi dan latihan praktikal dalam penghasilan Berita Perdana, selain penerokaan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT bagi membantu menghasilkan poster yang lebih kreatif dan berkesan.
Pada hari kedua bengkel, para peserta berpeluang mempelajari kaedah penyampaian maklumat yang efektif bagi memastikan mesej dapat disampaikan dengan jelas dan menarik kepada khalayak. Penceramah, Dr. Haji Ainol Amriz Ismail, turut berkongsi teknik rakaman dan suntingan video secara praktikal dalam menghasilkan kandungan berbentuk Berita Perdana yang berkualiti dan profesional.
Selain itu, peserta turut didedahkan kepada keupayaan pelbagai aplikasi AI seperti ChatGPT dan Gemini yang boleh dimanfaatkan sebagai sumber inspirasi serta alat sokongan dalam menghasilkan bahan komunikasi visual termasuk poster, kandungan digital dan penceritaan yang lebih berimpak.
Bengkel ini diharap dapat memperkukuh pemahaman peserta terhadap penggunaan AI dalam penceritaan digital, sekali gus meningkatkan kemahiran mereka dalam menghasilkan kandungan media yang lebih kreatif, relevan dan memenuhi keperluan landskap komunikasi masa kini.
Tanhiah diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan penglibatan sepanjang dua hari bengkel ini berlangsung.








