CYBERJAYA, 22 Julai 2026 – Malaysian Press Institute (MPI) telah menganjurkan Kursus Penghasilan Kandungan Multi-Platform yang dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Ainol Amriz Ismail.
Sesi pada kali ini memberi fokus kepada strategi menghasilkan kandungan yang kreatif, menarik dan bersesuaian untuk pelbagai platform digital. Peserta turut didedahkan kepada pendekatan serta teknik penghasilan kandungan yang mampu meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat yang tepat dan sahih mengikut keperluan dan ciri platform media kini.









