TV AlHijrah Dalami Strategi TikTok dan Penghasilan Kandungan Digital

KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2026 – Siri Kedua Kursus Penghasilan Kandungan Digital Lanjutan Untuk TV AlHijrah yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, hari ini memberi penekanan kepada aspek teknikal dan strategi bagi meningkatkan prestasi kandungan digital.

Kursus yang merupakan lanjutan daripada siri pertama minggu lalu itu dikendalikan oleh Puan Wan Fatin Sufina atau dikenali dengan panggilan Teacher Sufina, Jurulatih Bertauliah HRD Corp dan TikTok Shop Certified Trainer. Menerusi pendekatan teori dan praktikal, peserta didedahkan secara ‘hands-on’ kepada faktor yang mempengaruhi prestasi dan kebolehlihatan kandungan, selain memahami tingkah laku audiens digital.

Pada sesi tengah hari sehingga petang pula, peserta akan mengikuti bengkel praktikal mengoptimumkan profil TikTok secara langsung, termasuk aspek yang dapat membantu meningkatkan keberkesanan dan capaian kandungan.

Seramai 15 wartawan dan pegawai media TV AlHijrah menyertai kursus dua hari ini. Esok, peserta akan meneruskan pembelajaran dengan topik media sosial dan strategi editorial, penggunaan ejen AI, serta etika dan pematuhan undang-undang dalam penghasilan kandungan digital.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest