KAJANG, 26 Ogos 2026 – Malaysian Press Institute (MPI) hari ini menganjurkan hari pertama Kursus Masterclass Mobile Journalism untuk Portal Life News Agency menerusi Program Dana Inovasi Media, yang berlangsung di Kajang.
Kursus ini berlangsung selama dua hari, 26 & 27 Ogos 2026, dikendalikan oleh Haji Muhammad Rastwin Stia, penceramah selaku Jurulatih Bertauliah HRDC, Wartawan Penyiaran dan Strategis Media.
Pada sesi pagi, peserta didedahkan kepada asas Mobile Journalism (MOJO), evolusi media digital, cabaran dunia pemberitaan serta isu kecerdasan buatan (AI), berita palsu dan etika kewartawanan. Manakala pada sebelah petang pula, peserta berpeluang melaksanakan tugasan secara berkumpulan yang melibatkan pengendalian peralatan MOJO, teknik rakaman serta penggunaan audio dan pencahayaan yang sesuai.
Hasil tugasan ini kemudiannya dibentangkan oleh setiap kumpulan untuk dinilai dan diberikan ulasan oleh penceramah bagi meningkatkan kemahiran peserta dalam menghasilkan pelaporan yang lebih berkualiti dan berkesan.










