PETALING JAYA, 2 September 2026 – Malaysian Press Institute (MPI) hari ini berada di UEM Edgenta Learning Centre, Petaling Jaya bagi menjayakan Crisis Media Handling and Strategic Communication Training, yang berlangsung selama dua hari, 2 dan 3 September 2026. Seramai 29 peserta daripada Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA) menyertai kursus ini yang dikendalikan oleh Encik Nizal Mohammad, bekas penyampai TV3, wartawan, penerbit dan jurulatih berpengalaman pada hari pertama.
Di sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada asas pengurusan krisis secara profesional, beretika dan strategik, khususnya dalam memastikan maklumat berkaitan organisasi dapat disampaikan dengan tepat, sahih dan konsisten. Pendedahan kepada gambaran situasi seperti sesi terjah terhadap pelbagai isu dan senario krisis juga diberikan, bagi memberi peluang kepada peserta mendalami situasi yang boleh memberi kesan kepada imej organisasi dan reputasinya.
Pada sebelah petang, peserta terlibat dalam simulasi sidang media (Press Conference) dan sesi temubual yang memberi peluang kepada mereka mempraktikkan kemahiran berkomunikasi ketika berdepan situasi krisis.
Melalui simulasi ini, peserta dilatih menyampaikan kenyataan rasmi, menjawab soalan kritikal media serta mengawal penyampaian mesej secara profesional, jelas dan berkesan bagi pengetahuan masyarakat umum.














