Bengkel Content Media Pro Perkukuh Strategi Kandungan Digital

CYBERJAYA, 21 Oktober 2026 – Bengkel Content Media Pro anjuran Malaysian Press Institute (MPI) diteruskan pada hari kedua di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya dengan penyertaan seramai 17 peserta.

Sesi latihan dikendalikan oleh Encik Munir Anaam Zuljadan, Penganalisis Media, yang memberi tumpuan kepada strategi penghasilan kandungan digital dan media sosial serta kepentingan komunikasi berkesan dalam membina dan mengekalkan reputasi organisasi.

Peserta turut didedahkan kepada pendekatan merancang kandungan yang bersesuaian dengan sasaran khalayak, di samping memahami kepentingan penyampaian mesej yang jelas, tepat dan konsisten bagi memastikan komunikasi organisasi lebih berkesan.

Dalam persekitaran digital yang semakin kompetitif, penghasilan kandungan bukan sahaja memerlukan kreativiti, malah perlu disokong oleh strategi komunikasi yang terancang. Kandungan yang berkualiti mampu menarik perhatian khalayak, meningkatkan penglibatan serta membina kepercayaan terhadap organisasi.

Penggunaan platform media sosial secara strategik juga menjadi antara aspek penting yang diberi perhatian, khususnya dalam memastikan maklumat disampaikan melalui saluran yang bersesuaian dan memenuhi keperluan khalayak sasaran.

Melalui bengkel ini, peserta berpeluang memperkukuh pemahaman tentang amalan terbaik dalam penghasilan kandungan digital, termasuk kepentingan mengekalkan kredibiliti, ketepatan maklumat dan identiti komunikasi organisasi.

Bengkel ini diharap dapat membantu peserta mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dalam tugasan masing-masing, sekali gus menghasilkan bahan komunikasi yang lebih kreatif, strategik dan berimpak tinggi selaras dengan perkembangan landskap media digital.

#MPIcommit

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter