MPI Jalin Kerjasama Strategik dengan Persatuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu

Kuala Terengganu, 22 April 2026 – Satu kunjungan rasmi MPI ke Negeri Terengganu telah diadakan hari ini bagi mengadakan pertemuan serta membincangkan kerjasama strategik bersama Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus, Terengganu.

Inisiatif ini dilihat sebagai satu langkah proaktif oleh MPI dalam memperkukuh aspek kewartawanan serta pembangunan kapasiti dalam kalangan ahli Pengakap Negeri Terengganu.

MPI turut berkesempatan melawat serta meninjau fasiliti dan kemudahan yang disediakan di kem tersebut, seperti bilik dorm, bilik latihan, dewan serbaguna, surau, ruang makan serta kemudahan sokongan lain yang menyokong aktiviti latihan dan penginapan.

Kunjungan ini telah disambut baik oleh delegasi Pengakap yang diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, YBrs. Dr. Shahrul Azwan Mohamad @ Endut, bersama Setiausaha Kehormat Majlis Pengakap Negeri Terengganu, YBrs. Puan Hajah Zah Binti Mohamad serta barisan pemimpin Persekutuan Pengakap Negeri Terengganu.

MPI yang turut hadir ialah Pengurus Kanan Unit Pengurusan Projek, Puan Norhafiza Kamaludin bersama Pelatih Kandungan Kreatif, Cik Nurul Ifatul Aisyah.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter