Anugerah Kecemerlangan Media Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan 2026

Anugerah Kecemerlangan Media KPKT (AKeMEDIA KPKT) kini kembali dengan edisi tahun 2026. Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berterusan menganjur anugerah buat kali keempat sebagai usaha pengiktirafan kewartawanan negara dalam membuat liputan yang merangkumi perancangan, penggubalan, dan pemantauan dasar perumahan, kerajaan tempatan, pengurusan sisa pepejal, serta perkhidmatan bomba dan penyelamat.

[REPLACE WITH POSTER HERE]

Terdapat lapan kategori dipertandingkan yang sesuai bagi pengamal media dari bidang media cetak, portal berita, media penyiaran televisyen, portal yang menyediakan konten video dalam talian, media penyiaran radio, fotografi, dan juga penyedia konten video media sosial.

Berikut kategori yang dipertandingkan:

KategoriHadiah
Anugerah Khas YBM KMPenerima 1: RM 10,000 & Trofi & Sijil
Penerima 2: RM 10,000 & Trofi & Sijil
Anugerah Penyiaran Televisyen TerbaikPertama: RM 3,000 & Trofi & Sijil
Kedua: RM 2,000 & Trofi & Sijil
Ketiga: RM 1,000 & Trofi & Sijil
Anugerah Video Portal / Dalam Talian TerbaikPertama: RM 3,000 & Trofi & Sijil
Kedua: RM 2,000 & Trofi & Sijil
Ketiga: RM 1,000 & Trofi & Sijil
Anugerah Penyiaran Radio TerbaikPertama: RM 3,000 & Trofi & Sijil
Kedua: RM 2,000 & Trofi & Sijil
Ketiga: RM 1,000 & Trofi & Sijil
Anugerah Penerbitan Artikel TerbaikPertama: RM 3,000 & Trofi & Sijil
Kedua: RM 2,000 & Trofi & Sijil
Ketiga: RM 1,000 & Trofi & Sijil
Anugerah Kewartawanan Foto TerbaikPertama: RM 3,000 & Trofi & Sijil
Kedua: RM 2,000 & Trofi & Sijil
Ketiga: RM 1,000 & Trofi & Sijil
Anugerah Media Sosial TerbaikPertama: RM 3,000 & Trofi & Sijil
Kedua: RM 2,000 & Trofi & Sijil
Ketiga: RM 1,000 & Trofi & Sijil
Anugerah Influencer TerbaikPertama: RM 3,000 & Trofi & Sijil
Kedua: RM 2,000 & Trofi & Sijil
Ketiga: RM 1,000 & Trofi & Sijil

Penyertaan terbuka pada karya berbahasa Melayu, Inggeris, Cina, dan Tamil.

Tiada yuran penyertaan dikenakan & tiada had penyertaan.

Karya penyertaan yang dipertandingkan adalah mengenai peranan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), antaranya: Perumahan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Wira Merah, Kemampanan Bandar Bandar Pintar, Pengurusan Sisa Pepejal, Lanskap, Kredit Komuniti, skop tugas dan peranan jabatan di bawah KPKT serta agensi KPKT.

Karya-karya yang ingin dipertandingkan ke AKeMEDIA KPKT 2026 hendaklah diterbit atau disiar antara 1 September 2025 sehingga 31 Ogos 2026.

Bolehlah terlebih dahulu lihat borang penyertaan serta syarat penyertaan pada pautan-pautan berikut :

Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berkhidmat sebagai wartawan / pengamal media yang berkerja sepenuh masa, separuh masa, stringer, dan wartawan sambilan.

Tarikh tutup penyertaan adalah 16 September 2026. 

Tiada yuran penyertaan dikenakan & tiada had penyertaan.

Sebarang pertanyaan mengenai anugerah, bolehlah berhubung terus dengan Penyelaras Anugerah Media, En. Salman, di alamat emel bukitledangmpi@yahoo.com .

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter