PETALING JAYA, 14 Oktober 2026 – Hari pertama Kursus Transformasi Kandungan Digital dan Produksi Multimedia untuk Media Sukan Era Digital berlangsung hari ini di Pejabat Harimau Malaya, dengan penyertaan seramai sembilan peserta. Kursus yang dikendalikan oleh Encik Mohammed Hazli Mohammed Hassan ini merupakan salah satu program di bawah Dana Inovasi Media.
Pada sebelah pagi, peserta didedahkan kepada konsep dan teori berkaitan peranan wartawan lapangan berasaskan kecerdasan buatan (AI) serta teknik penggambaran pantas dan spontan (Run and Gun Shooting) bagi menghasilkan kandungan media yang lebih dinamik dan bersesuaian dengan perkembangan media sukan digital.
Pada sebelah petang, penceramah berkongsi pengalaman profesional beliau dalam industri media, di samping membimbing peserta menjalani sesi praktikal menggunakan pelbagai platform AI untuk penghasilan kandungan digital dan multimedia. Peserta turut diberikan tugasan untuk disiapkan dan dibentangkan pada hari kedua kursus sebagai usaha mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran yang dipelajari.









