Foto atau gambar yang dirakam menggunakan kamera memberikan seribu makna. Ada kalanya, dengan melihat foto atau gambar inj, kita mampu memberikan ulasan terhadap peristiwa, suasana dan rasa.
Ini adalah antara pengalaman yang diperoleh oleh 42 peserta terdiri daripada pengamal media Sarawak dalam Kursus Kewartawanan Foto anjuran Malaysian Press Institute (MPI).
Bengkel teori dan praktikal ini berlangsung pada 7 – 8 Oktober lalu di Hotel Riverside Majestic, Kuching. Ia dikendalikan oleh Encik Mahfooz Nabi Rasool, jurufoto profesional.
Beliau mengaplikasikan teknik yang betul ketika mengendalikan kamera; pemilihan sudut-sudut menarik dan kepentingan penyampaian cerita melalui gambar yang memberi impak terhadap pelaporan berita.
Kursus kewartawanan Foto; Journalism in a New Media World dan Kewartawanan Data 2.0 : Sentimen Analisis, ditaja sepenuhnya Kerajaan Sarawak.
Ketiga-tiga program ini mendapat kerjasama Kuching Division Journalists Association (KDJA), Northern Sarawak Journalists Association (NSJA) dan Sibu Journalists Association (SJA).
Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong; Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Tuan Haji Ainol Amriz Ismail; dan Pengurus Besar MPI, Puan Norlida Jamain turut sama hadir dalam majlis makan malam bersama peserta.
Dalam ucapan, Datuk Yong menjelaskan kepentingan fotografi dan meminta peserta untuk memahami teknik rakaman dan nilai sekeping gambar yang membawa maksud tertentu.
Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Tuan Haji Ainol juga berkongsi gambaran cabaran baru fotografi di era digital serta penyelesaian dengan memantapkan kandungan melalui rakaman gambar hidup yang boleh diingati bila-bila masa.
Rakaman gambar-gambar:





