Kursus
MPI latih pengurusan kanan CIDB jadi jurucakap media

MPI latih pengurusan kanan CIDB jadi jurucakap media

1 Ogos 2023. Seramai 23 peserta yang terdiri daripada pengurusan tertinggi CIDB menamatkan kursus menjadi jurucakap media anjuran Malaysian Press Institute hari ini.

Bagi menguji kebolehan mereka menjadi jurucakap organisasi yang mereka wakili mereka turut ditampilkan sebagai tetamu program bual bicara TV.

Pengerusi MPI Datuk Dr. Chamil Wariya telah bertindak sebagai moderator program yang diberi nama Eksklusif Bersama CIDB.

Pagi tadi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CIDB Encik Zaid Zakaria telah menjalani latihan tersebut. Yang lain telah ditemuramah semalam.

Selain Encik Zaid, peserta lain terdiri daripada pengurus besar kanan sektor, pengurus besar bahagian, pengarah-pengarah negeri dan para ketua eksekutif anak-anak syarikat dan Akademi Binaan Malaysia lembaga yang ditubuhkan pada 1994 menerusi akta 520.

Kursus ditutup dengan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta.

Esok dan lusa satu lagi kumpulan seramai 24 peserta akan mengikuti program yang sama.